Your are here: Home // Info // Tip Menjadikan Rambut Cantik, Sihat dan Menawan

Tip Menjadikan Rambut Cantik, Sihat dan Menawan

Rambut

Rambut dan wanita memang sukar dipisahkan. Sebab itu jugalah ramai yang menyatakan rambut itu umpama mahkota bagi seorang wanita. Ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit dan masa semata-mata untuk membelai dan memanjakan rambut mereka.

Jika kita seorang wanita adakah kita sanggup membiarkan rambut rosak dan tidak terurus? Pasti kita akan beras amat kecewa jika ia benar-benar terjadi bukan? Rambut amat penting bagi seseorang wanita kerana ia mampu mempengaruhi penampilan seseorang.

Menurut Olivia Lee, Pengurus Produk kecantikan L’oreal Paris, setiap individu mempunyai rambut yang berlainan jenis. Antaranya, rambut kering, berminyak, kusut dan mengerbang. Setiap wanita haruslah mengenali jenis rambut yang mereka miliki.

Secara asasnya, untuk mendapatkan rambut sihat seperti yang kebanyakan wanita idamkan, pengambilan makanan tambahan adalah amat disarankan oleh kebanyakkan pakar. Dengan kata lain, rambut juga memerlukan makanan untuk tumbuh dengan sihat. Untuk mendapatkan rambut sihat ia memerlukan:

Rambut

Air

1/4 berat setiap helaian rambut mengandungi air. Minum air secukupnya untuk menjaga kelembapan rambut anda. Selain dapat mengelak dari berlaku ‘dehidration’, meminum air secukupnya akan membuatkan rambut anda menjadi lembut dan berkilau.

Vitamin dan Mineral

Sumber vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, C, dan zat besi amat baik untuk rambut. Vitamin A akan menjaga kulit rambut. Vitamin B dan C berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan pertumbuhan rambut. Zat besi pula akan membawa oksigen yang secukupnya untuk rambut.

Rambut

Protein

Protein akan membuatkan rambut tumbuh dengan lebih cepat dan lebat. Selain itu, ia akan menjadikan rambut lebih kuat. Protein boleh didapati dari pelbagai sumber. Tetapi protein yang baik adalah dari sumber kacang soya yang organik. Pengambilan protein yang cukup dapat mengelakkan hujung rambut dari bercabang.

Bagaimanakah memilih makanan tambahan yang terbaik untuk penjagaan rambut? 


filed under: Info Tagged with: , ,

Leave a reply

Copyright © 2012 JIKE Biotech Group . All rights reserved.