
Kolestrol
Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, 2.3 bilion penduduk dunia mengalami berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mengalami masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia dan tidak ketinggalan negara ini.
Kolestrol
Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit berkaitan kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri akan tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.
Di negara ini, terdapat banyak hidangan yang enak. Namun, makanan yang enak itu lazimnya akan bertukar menjadi punca penyakit di dalam badan kita sekiranya diambil dengan kuantiti yang banyak. Menurut Gary Lee, pakar pemakanan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari sebuah universiti tempatan, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini.
Kolestrol Tinggi

Cara terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.
Seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara konsisten seperti yang disarankan iaitu 20 minit setiap sesi. Seeloknya dilakukan 3 kali seminggu. Aktiviti ini mampu kolestrol merbahaya (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
Cadangan pemakanan yang terbaik adalah dari sumber soya. Jumlah pengambilan protein soya yang disyorkan oleh pakar adalah 25g sehari. Ini kerana, protein soya telah terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Selain itu, protein soya juga merupakan sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.
Klik untuk keterangan lanjut tentang artikel kolestrol tinggi
Lain-Lain Artikel
- Kebaikan Kacang Soya.
- 17 Risiko Kekurangan Protein
- Faedah Protein Soya Untuk Ibu Hamil.
- Faedah Protein Untuk Tubuh Badan Kita
- Tip Menjadikan Rambut Cantik, Sihat dan Menawan
- Kacang Soya Dan Kesihatan
- Turunkan Berat Badan Dengan Protein
- Peptide: Anti-aging miracle worker.
- Sekotak Peptida Bioaktif Lebih Baik Daripada Ratusan Jamu Dan Herba.
- Soy Protein Boosts Brain Function.